Sebahagian anda yang singgah ke halaman kami ini semestinya yang sedang mencari resepi agar agar milo bukan? Anda tidak salah lagi kerana pada tutorial resepi kali ini akan kami akan ajarkan cara-cara membuat agar agar milo yang mudah dan ringkas untuk dipraktikkan. Tidak kiralah anda budak sekolah mahupun seorang suri rumah. Ianya boleh dipelajari secara bertulis di page ini atau di dalam video kami sediakan dibawah nanti.
Agar agar milo memang sebuah resepi yang tidak asing lagi bagi kita semua. Majlis-majlis kesyukuran juga terkadang ada menyediakan agar agar milo ini. Jadi, bagi anda yang baru dan ingin mencuba resepi ini, jom ikuti langkah-langkah yang team kami sediakan di bawah.
Bahan-Bahan
- 10 gram serbuk agar-agar
- 3 ½ cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan milo
Cara Membuat Agar Agar Milo
- Pertama sekali, masukkan air ke dalam periuk yang belum dibuka lagi api.
- Seterusnya masukkan serbuk agar agar, dan kacau sedikit.
- Masukkan secara berurutan milo, susu pekat, susu cair, dan kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan secubit garam. Teruskan kacau sehingga tiada lagi ketulan serbuk milo. Pada ketika ini, bolehlah buka api dapur dan masakkan sehingga mendidih.
- Pada masa yang sama, teruskan mengacau bahan-bahan tadi.
- Bila sudah mendidih, bolehlah tutup api.
- Masukkannya ke dalam bekas yang bersesuaian.
- Biarkan ianya beku, dan siap untuk dihidangkan.
Video Youtube
Jadi begitulah caranya untuk membuat agar agar milo. Semoga anda semua dapat mempraktikkan apa yang telah anda belajar ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai anda juga. Sekian dari kami.