Selamat datang ke post terbaru kami. Dalam hantaran pada kali ini team Dapur Osyom akan membuat tutorial resepi agar agar sekali lagi. Seperti yang kita sedia maklum, agar agar merupakan antara dessert atau manisan yang amat popular di Malaysia. Manakan tidak, tidak kira situasi seperti majlis perkahwinan, kesyukuran, atau ketika bulan puasa mahupun ketika santai, agar-agar pastinya menjadi menu pilihan kebanyakan daripada kita semua.
Resepi agar agar memang telah wujud sejak dahulu lagi dan masih ada hingga sekarang. Yang bertambah hanyalah variasi dan jenis sahaja. Jadi, resepi agar agar ini boleh dianggap evergreen. Malah, penyediaannya yang senang menjadikannya tetap popular dari dulu, hingga sekarang. Dalam post kali ini team kami akan mengajarkan anda semua dengan resepi agar agar santan pandan yang simple dan sedap. Jadi, tanpa berlengah lagi jom kita lihat bahan dan cara buat agar agar santan ini.
Bahan-Bahan
- 10 gram serbuk agar-agar
- 5 ½ cawan air
- 1 ¼ cawan gula
- 200 ml santan segar
- 1 biji telur gred A
- 8 helai daun pandan
Cara Membuat Agar Agar Santan Pandan
- Pertama sekali, masukkan daun pandan ke dalam blender, disusuli 1 cawan air dan kisarkan sehingga lumat.
- Kemudian, tapiskan hasil kisaran daun pandan tadi ke dalam bekas yang berasingan.
- Seterusnya, masukkan sedikit pewarna hijau ke dalamnya.
- Setelah itu, masukkan santan yang disediakan tadi ke dalam air pandan ini juga.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga sebati air pandan itu.
- Tambahkan pula dengan secubit garam. Bila sudah dikacau dengan sebati, ketepikannya seketika.
- Di dalam periuk, masukkan 4 1/2 cawan air, serbuk agar agar, dan kacaukan sebati. Masakkannya sehingga naik wap.
- Kemudian, masukkan gula dan teruskan mengacau. Tunggu sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan campuran daun pandan, santan, dan telur sebentar tadi ke dalam periuk itu. Biarkan seketika (untuk mendapatkan lumut yang halus).
- Kacau sebati, dan apabila telah mendidih ganas, terus tutup api.
- Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan ia mengeras sekitar 3 atau 4 jam. Agar agar santan pandan sedia dihidangkan.
Video Youtube
Selesailah sudah tutorial tentang cara membuat agar agar santan pandan yang disediakan oleh kami. Kami berharap anda yang menonton video atau membaca step by step langkah, bolehlah cuba untuk mempraktikkannya sendiri. Pastikan anda terus melayari website resepi masakan kami untuk tutorial resepi yang lain pula. Jangan lupa untuk berkongsi juga pautan ke halaman kami ini. Sokongan dari anda semua kami ucapkan dengan ribuan terima kasih. Sekian.