Home » Resepi Ayam » Resepi Ayam Buttermilk Simple Kesukaan Anak-Anak

Resepi Ayam Buttermilk Simple Kesukaan Anak-Anak

Selamat datang ke tutorial resepi kami lagi. Terima kasih kerana terus setia memberi support pada kami. Anda pastinya terfikir apa yang mahu dimasak hari ini? Atau anda sudah datang dari enjin carian untuk keyword resepi ayam buttermilk? Anda berada di post yang tepat.

Pada kali ini team Dapur Osyom akan membuat tutorial secara langkah demi langkah cara untuk membuat resepi ayam butter simple dan sedap tanpa memerlukan bahan yang banyak. Sepengetahuan saya, menu resepi ayam ini dijual dengan harga yang agak mahal diluar. Jadi, apa kata anda sendiri yang masakkannya untuk keluarga anda tanpa perlu memlngeluarkan modal yang besar untuk membeli disamping anda boleh mempraktikkan resepi ini untuk digunakan pula pada masa hadapan. Jadi tunggu apa lagi jom cuba.

Bahan-Bahan untuk Ayam

bahan ayam butter 1

  • 300g isi ayam
  • Tepung goreng serbaguna Bestari

Bahan-Bahan untuk Kuah

bahan ayam butter 2

  • 2 sudu besar mentega
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili padi
  • 1 cawan susu cair

Cara Membuat Ayam Buttermilk

  1. Pertama sekali, bancuh serbuk bestari dengan air sehingga sekata. Kemudian, masukkan ayam ke dalam bancuhan tadi dan gaul.
  2. Perap ayam itu tadi selama 15 minit.
  3. Setelah itu, gaul pula ayam yang diperap tadi sekali lagi ke dalam tepung bestari yang kering pula. Asingkan ke dalam mangkuk atau pinggan yang berlainan.
  4. Panaskan minyak ke dalam kuali, dan goreng kesemua ayam yang diadun tadi sehingga garing.
  5. Setelah selesai, masa untuk langkah bahagian kedua iaitu menyediakan kuah bagi ayam butter ini. Panaskan kuali yang berasingan atau yang telah dibasuh, dan masukkan mentega. Ratakan mentega itu ke seluruh permukaan kuali.
  6. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang holland, disusuli pula dengan dan kari dan cili. Masakkan sehingga naik bau.
  7. Selepas itu, masukkan susu cair dan kacau sebati.
  8. Perasakan pula dengan memasukkan secubit garam. Pastikan kuah dimasak sehingga sedikit pekat.
  9. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng di awal tadi ke dalam kuali. Gaul sebati dan ayam butter siap untuk dihidangkan.

Video Youtube

Seperti itulah caranya untuk membuat ayam buttermilk berkuah­. Semoga anda semua dapat mempraktikkan apa yang telah anda belajar disini. Untuk lebih banyak lagi tutorial resepi, teruskan melawat ke website Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara visual yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi tutorial resepi ini kepada orang lain juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi