Home » Resepi Ayam » Resepi Ayam Goreng Kunyit Simple (Macam Kat Kedai Makan)

Resepi Ayam Goreng Kunyit Simple (Macam Kat Kedai Makan)

Ayam goreng kunyit. Menu yang sangat popular tidak kira dirumah, mahupun di kedai makan. Bahkan tidak keterlaluan saya katakan ayam goreng kunyit ini merupakan salah satu menu wajib bagi seorang suri rumah, mungkin seminggu sekali akan dijadikan hidangan. Kenapa ianya begitu popular? Hal ini mungkin dikeranakan penyediaannya yang ringkas dan tidak memerlukan bahan yang rumit.

Jadi dalam tutorial kali ini team Dapur Osyom akan menyajikan anda semua dengan tutorial resepi ayam goreng kunyit yang rasanya seperti kedai makan. Anda sendiri pastinya sudah boleh mengagak rasanya bukan? Saya pasti anak-anak kita semua pun pernah menikmati ayam goreng kunyit ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat cara masak ayam goreng kunyit ini secara step by step.

Bahan Bahan

bahan bahan ayam goreng kunyit

  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • Kubis bunga
  • Lobak merah

Cara Memasak Ayam Goreng Kunyit

  1. Pertama sekali, letakkan dada ayam yang telah dipotong kuib kecil ke dalam sebuah bekas. Kemudian masukkan serbuk kunyit, disusuli sedikit garam dan serbuk kari. step 1 ayam goreng kunyit
  2. Gaul kesemuanya sehingga sebati, dan kemudian perap seketika sekitar 5 hingga 10 minit.
  3. Setelah itu, masukkan tepung jagung, dan gaul sehingga sekata.
  4. Seterusnya, bolehlah panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua ayam yang disediakan tadi. Pastikan ayam tidak melekat di antara satu sama lain. step 4 ayam goreng kunyit
  5. Pastikan juga anda mengacaunya dengan kerap untuk mengelakkan ayam daripada hangus.
  6. Apabila hampir masak, masukkan bunga kubis, lobak merah, bawang holland dan bawang putih secara berurutan. step 6 ayam goreng kunyit
  7. Kacau sehingga bawang sedikit layu dan bolehlah tutup api. Setelah itu, ayam goreng kunyit siap dihidangkan kepada yang tersayang.

Tips Tambahan

  • Jangan terlalu lama menggoreng, kerana boleh mengakibatkan isi ayam menjadi keras.
  • Sebaiknya masak menggunakan api yang besar namun perlu sentiasa mengacaunya agar tidak hangit.

Video Youtube

Selesailah sudah tutorial resepi ayam goreng kunyit yang tersangatlah simple dan amat popular ini. Saya pasti anda yang baru mengikutinya, tentu boleh mengaplikasikan apa yang diajarkan ini dengan mudah sekali. Buktikan pada orang lain bahawa anda juga boleh menggoreng seperti yang digoreng di kedai makan. Hehehe.. Baiklah, jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari tutorial resepi pada kali ini sudilah tekan butang share pada salah satu social media dibawah. Dengan ini kami akan lebih bersemangat untuk sentiasa mengemaskini resepi buat tatapan anda. Sekian dahulu untuk kali ini dari kami. Semoga anda semua sihat sejahtera semuanya dan sentiasa belajar dan terus belajar untuk menambah pengetahuan memasak anda. Ianya tidak lain untuk keperluan anda dan keluarga anda juga. Terima kasih.

Kongsikan Resepi