Resepi Ayam Masak Halia Yang Tersangat Simple

Hai, kembali lagi ke tutorial resepi yang disediakan oleh team Dapur Osyom. Kami terkadang berfikir kebanyakan dari kita biasanya pasti mencari resepi yang simple dan sedap sahaja seperti goreng-goreng, atau sup sahaja. Yelah, mana taknya kebanyakan dari kita sekarang kesuntukan masa siang dan malam sibuk dengan urusan harian. Hujung minggu tu, adalah sikit masa untuk menjadi chef didapur.

Jadi, kami fikir untuk kali ini apa kata kami sediakan tutorial untuk resepi ayam masak halia sahaja. Ianya bukan sahaja mudah disediakan bahkan bahannya juga senang diperolehi. Disamping itu, kita sendiri tahu bahawa halia ada khasiatnya tersendiri. Jadi amat sesuai sekalilah ayam masak halia ini disediakan untuk mak ayah atau anak-anak kita. Waktu menu ini disajikan biasanya pada tengah hari atau malam. Jadi, suri rumah tidaklah ketandusan idea sangat nak masak apa hari ini kan? Apa lagi, jom kita lihat cara membuat ayam masak halia di bawah.

Bahan Bahan

bahan bahan ayam masak halia

  • ½ ekor ayam – potong kecil
  • ½ labu bawang putih – di ketuk
  • 2 inci halia – hiris memanjang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang holland

Cara Membuat Ayam Masak Halia

  1. Pertama sekali, sediakan ayam yang sudah dipotong ke dalam sebuah bekas. Kemudian, perasakan ayam tersebut dengan sebuk kunyit dan garam.
  2. Seterusnya gaulkan ayam tersebut sehingga sebati menggunakan tangan. Setelah itu, perap ayam tersebut sekitar 10 minit. step 2 ayam masak halia
  3. Selanjutnya, panaskan minyak di dalam kuali, dan masukkan kesemua ayam yang telah diperap sebentar tadi ke dalamnya.
  4. Setelah itu, masukkan pula bawang putih dan halia ke dalam kuali. Ratakan kesemua ayam dan bahan tersebut menggunakan spatula.
  5. Pastikkan anda menggoreng kesemua ayam tersebut sehingga garing keseluruhan. step 5 ayam masak halia
  6. Selanjutnya, masukkan pula sos tiram, dan 1 sudu besar gula. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland ke dalam kuali. Setelah dikacau seketika bolehlah tutup api. Ayam masak halia sedia untuk dihidangkan.

Video Youtube

Jadi begitulah caranya untuk menyediakan ayam masak halia. Mudah bukan? Dengan adanya ilmu memasak ayam ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda mempelbagaikan kebolehan memasak, walau hanya dengan resepi yang simple. Setidaknya resepi simple seperti inilah yang akan kita aplikasikan tatkala sibuk, dan rasanya pula tidak kurang sedapnya. Apa lagi, jika anda dapat sesuatu yang bermanfaat, kongsi-kongsikan kepada keluarga dan sahabat handai anda semua. Semoga anda teruskan sokongan ke atas kami. Sampai disini sahaja buat kali ini. Jumpa lagi di tutorial pelbagai koleksi resepi akan datang. Terima kasih.

Kongsikan Resepi