Selamat kembali ke tutorial resepi oleh team Dapur Osyom. Untuk tutorial kali ini, team kami akan mengajarkan anda semua dengan resepi ayam masak kicap yang mudah dan sedap. Kami faham, dikeranakan dunia sudah dihujung jari, semua orang akan mencari resepi secara dalam talian sahaja. Tidak kira melalui social media, website atau youtube. Jadi, anak muda zaman sekarang tidak boleh lagi menjadikan alasan tidak pandai memasak kerana benda sudah ada di depan mata.
Jika zaman-zaman ibu kita dulu, untuk mendapatkan sesebuah resepi agak sukar. Mereka terpaksa membeli banyak majalah dan resepinya pula berlainan pada setiap edisi. Jadi, tidak hairanlah pada ketika itu, mereka yang baru belajar memasak dan ingin ke rumah mentua akan sedikit berdebar kerana khuatir apa yang akan dimasak tidak menjadi. Itulah serba sedikit imbauan kisah orang-orang tua kita dulu. Berbalik kepada resepi kita untuk kali ini, jom kita mulakan sekarang.
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 3 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar sos tiram
- 8 sudu besar kicap
- 1 biji cili padi
- 1 biji bawang holland
- 1 biji cili merah
Cara Membuat Ayam Masak Kicap
- Pertama sekali, panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit terlebih dahulu.
- Pastikan ayam digoreng sehingga garing dan angkat.
- Setelah itu, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis semua bahan itu sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap dan kacaukan sehingga sebati.
- Tambah sedikit air dan kacaukan lagi.
- Masukkan 1 sudu kecil asam jawa dan sedikit gula dan kacau sebati.
- Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng di awal tadi ke dalam kuali.
- Akhir sekali, masukkan bawang holland dan cili besar dan gaul serata.
- Siap untuk dihidangkan.
Video Youtube
Begitulah caranya untuk menyediakan resepi ayam masak kicap. Kami dari team Dapur Osyom berharap agar anda semua yang mengikuti tutorial ini dapat mempraktikkannya. Terus mencuba sehingga berjaya, dan anda akan merasai kepuasan kerana dapat menghasilkan masakan dari air tangan sendiri. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk berkongsi dengan orang lain tentang website dan channel kami. Terima kasih.