Home » Resepi Ayam » Resepi Ayam Masak Kurma Kegemaran

Resepi Ayam Masak Kurma Kegemaran

Anda yang singgah ke halaman kami ini semestinya yang sedang mencari resepi ayam masak kurma bukan? Anda tidak salah lagi kerana pada post kali ini kami akan ajarkan anda dengan cara-cara membuat ayam masak kurma. Cara yang kami ajarkan boleh dikatakan agak mudah dan senang diikuti. Samada secara bertulis di page ini atau di dalam video kami dibawah nanti.

Dalam pemerhatian saya, ayam masak kurma ini digemari oleh pelbagai latar belakang masyarakat, tidak kira tua atau muda. Bahkan kanak-kanak juga menggemarinya. Jadi, bagi anda yang baru dan ingin mencuba resepi ini, jom ikuti langkah-langkah yang team kami sediakan di bawah.

Bahan-Bahan

bahan bahan ayam kurma

  • ½ ekor ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • ½ inci halia
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • asam keping / asam jawa
  • 1 paket serbuk kurma adabi
  • 200 ml santan pekat

Cara Membuat Ayam Masak Kurma

  1. Pertama sekali, panaskan minyak di dalam kuali. Dan kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga pelaga, dan bunga cengkih. Disusuli pula dengan memasukkan bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. Tumis semua bahan itu sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan sebuk kurma yang telah dibancuh dengan air ke dalam kuali. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Tambah air jika perlu.
  5. Ulang langkah tadi sebanyak 3 hingga 4 kali sampai rempah betul-betul masak. ayam kurma step 5
  6. Seterusnya, masukkan ayam, dan kacau rata sehingga ayam kecut. ayam kurma step 6
  7. Kemudian, masukkan bawang holland dan ubi kentang. Tambahkan pula air, dan kacau.
  8. Setelah itu, masukkan 1/2 keping gula melaka dan asam keping, dan disusuli garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup periuk. Masak sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
  9. Langkah seterusnya ialah masukkan cili dan tomato.
  10. Diikuti pula dengan memasukkan santan dan kacau sebati.
  11. Bila kuah sedikit pekat, bolehlah tutup api.

Video Youtube

Baiklah, anda sudah lihat dan belajar cara-cara untuk membuat ayam masak kurma. Semoga anda semua dapat mempraktikkan apa yang telah anda belajar ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi