Hai, selamat datang ke website kami. Untuk anda yang kali pertama singgah, sila silalah layari di bahagian kategori kerana terdapat banyak tutorial resepi yang telah kami masukkan, dan akan kami update dari masa ke semasa. Untuk tutorial kali ini team kami ingin mengajarkan anda sebuah resepi berasaskan ayam. Resepi yang dimaksudkan adalah ayam sweet sour atau juga dipanggil ayam masak masam manis. Dikatakan resepi ini agak popular dalam kalangan bangsa Cina.
Jika anda atau keluarga anda pernah mencuba ayam sweet sour ini, saya pasti anda tentu ingin menikmatinya lagi atau setidaknya anak anda akan request menu ini dari anda. Seperti yang kita sedia maklum bahawa ayam masak masam manis ini adalah merupakan sebuah menu lauk, namun ianya juga sedap diratah begitu saja kerana rasanya yang unik dan sedap ini. Apa lagi jom kita mulakan tutorial kita pada kali ini.
Bahan Bahan
- 400 g isi ayam
- 1 labu bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 4 biji cili padi
- 1 biji tomato
- ½ biji lada benggala
- 7 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- Nanas
Cara Membuat Ayam Sweet Sour (Masak Masam Manis)
- Pertama sekali, perasakan ayam dengan garam dan sebuk lada hitam dalam sebuah bekas. Gaulkannya sehingga sebati.
- Masukkan pula tepung jagung, dan gaul sehingga ayam bersalut tepung.
- Seterusnya, panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan ayam tersebut satu persatu. Goreng sehingga ayam masak dan kemudian angkat serta ketepikan.
- Selanjutnya, sediakan pengisar dan masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam pengisar dan kisarkannya sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar ini ke dalam minyak yang digunakan tadi dan tumis sehingga ianya naik bau dan sedikit garing.
- Seterusnya, masukkan sos tomato dan sos cili serta kacau. Tambahkan juga sedikit air ke dalam kuali.
- Seketika setelah itu, masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan pula ayam, disusuli bawang holland, lada benggala, dan nanas ke dalam kuali.
- Bila kesemua bahan sudah digaul dengan sebati, bolehlah tutup api. Dan ayam sweet sour atau ayam masak masam manis anda sedia untuk dihidangkan.
Video Youtube
Jadi begitulah caranya untuk membuat ayam masak masam manis ini. Kami berharap bagi anda yang mengikuti tutorial ini agar mengaplikasikannya dirumah. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan hasil usaha anda. Apapun, jika anda merasakan tutorial ini bermanfaat untuk anda, sudilah kiranya untuk kongsikan resepi kami ini kepada yang lainnya dengan menggunakan mana-mana butang share dibawah. Sekian, terima kasih.