Salam sejahtera kepada pengunjung Dapur Osyom dimana sahaja anda berada. Terima kasih kerana terus sudi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada team kami. Pada tutorial kali ini kami ingin kongsikan perihal sup. Sup, semua orang suka sup dan sup ini sendiri terdapat varian resepi yang dapat dihasilkan. Bahkan sup juga menjadi pembuka selera untuk kebanyakan daripada kita, walhal orang demam sekalipun.
Jadi, untuk tutorial pada kali ini, team Dapur Osyom akan menyajikan anda semua dengan resepi sup ayam ala thai simple dan sedap. Seperti yang kita tahu, sup menjadi kegemaran bagi pelbagai latar belakang masyarakat. Tidak kira tua atau muda. Bahkan sup ayam pastinya menjadi masakan wajib seoarang ibu untuk sang anak. Apa yang menarik tentang sup ayam ala thai ini agak unik rasanya. Untuk saya sendiri saya lebih menggemarinya berbanding sup ayam biasa. Apapun, itu semua bergantung kepada citarasa masing-masing. Ok tanpa banyak cerita, jom kita mulakan cara membuat sup siap ala thai sekarang.
Bahan Bahan
- ½ ekor ayam
- 1 biji bawang holland – di hiris kasar
- 6 biji bawang merah – di hiris halus
- 5 ulas bawang putih – diketuk
- 1 ½ inci halia – diketuk
- 2 batang serai – diketuk
- 2 biji tomato
- 4 helai daun limau purut
- 1 sup bunjut
- Limau nipis
- Daun ketumbar
- Batang saleri
- Lobak merah
Cara Membuat Sup Ayam ala Thai
- Pertama sekali, panaskan minyak sedikit dan masukkan bawang putih, halia, akar ketumbar dan serai.
- Disusuli pula dengan bawang merah, bawang holland, dan daun limau purut. Tumis kesemua bahan itu sehingga naik bau dan bawang menjadi layu.
- Seterusnya, tambah air secukupnya dan masak sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, bolehlah masukkan ayam.
- Kemudian, masukkan sup bunjut kacau sedikit dan biarkan seketika.
- Perasakan sup tadi dengan garam dan kacau.
- Bila ayam sudah hampir empuk, masukkan hirisan batang saleri dan lobak merah.
- Masukkan pula tomato, dan disusuli sedikit air perahan limau nipis.
- Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar, dan biarkan seketika sebelum tutup api. Sup ayam ala thai anda siap dihidangkan.
Video Youtube
Semudah itulah caranya untuk menyediakan sup ayam ala thai. Siapa kata susah? Dengan mempelajari cara membuat resepi ayam sebegini ini, sekurang-kurangnya ia dapat memberi anda idea untuk memasak apa tatkala buntu didapur. Kami berharap setelah mempelajari resepi sup ayam ala thai ini, anda terus boleh mempraktikkannya. Jika tidak menjadi untuk kali pertama, boleh cuba dan cuba lagi. Practice make perfect! Jika anda dapat sesuatu yang bermanfaat dari tutorial pada kali ini, kongsi-kongsikan kepada keluarga dan sahabat handai anda semua. Semoga dengan sokongan anda ianya dapat memberikan inspirasi lagi untuk kami membuat tutorial resepi terbaru. Sampai disini sahaja buat kali ini. Jumpa lagi di tutorial resepi akan datang. Terima kasih.