Resepi Bubur Jagung Simple

Hai semua. Terima kasih kerana sudi singgah di website kami. Pada posting kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua satu resepi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Setiap ketika, dan keadaan pastinya akan ada yang menyediakan bubur jagung. Namun, bagi anda yang masih mahu belajar, bagaimana cara membuat bubur jagung simple? Baik, di sini kami akan ajarkan ada secara langkah demi langkah.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial bubur jagung melalui video yang beresolusi penuh bolehlah kunjungi video di channel Youtube kami atau di bahagian bawah post ini juga.

Bahan-Bahan

bahan bahan bubur jagung

  • 4 tongkol jagung
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan sagu (direndam terlebih dahulu selama 1 jam)
  • 300ml santan segar
  • 2 helai daun pandan
  • Garam

Cara Membuat Bubur Jagung

  1. Pertama sekali hiris semua jagung yang disediakan. Cara menghiris lebih detail juga ada diajarkan di dalam video. cara hiris jagung
  2. Di akhir proses menghiris setiap batang jagung, kikis untuk keluarkan sisa sisa jagung.
  3. Masukkan jagung yang telah dihiris ke dalam periuk yang bersesuaian dan masukkan air.
  4. Seterusnya masukkan daun pandan. Kemudian tutup periuk tadi dan biarkan di atas dapur hingga jagung menjadi separuh masak.
  5. Setelah itu, masukkan gula dan sedikit garam.
  6. Kemudian, masukkan sagu dan kacau sebati. Dan biarkannya mendidih.
  7. Langkah seterusnya ialah, masukkan santan. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  8. Bila sudah menggelegak, bolehlah tutup api. Biarkan sedikit sejuk dan sedia dihidangkan.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan bubur jagung yang simple. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Untuk lebih banyak lagi, teruskan melayari website kami, dan channel kami untuk tutorial resepi secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai tentang resepi kami ini. Sekian.

Kongsikan Resepi