Resepi Bubur Pulut Hitam Favourite

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang lagi ke tutorial resepi yang disediakan oleh team Dapur Osyom. Pada kali ini team kami akan mengajarkan anda dengan sebuah resepi berasaskan bubur, yang tidak kurang popularnya di Malaysia. Tutorial yang kami maksudkan ialah resepi bubur pulut hitam. Pasti ada yang dah pernah cuba kan? Mungkin dimajlis perkahwinan atau ketika berkunjung ke rumah saudara mara, dan sebagainya.

Bubur pulut hitam, sangat enak kerana rasa lemak santannya dan amat sesuai dinikmati ketika waktu santai dipetang hari. Secara jujur, ini salah satu bubur favourite salah seorang dari team kami. Anda yang pernah mencubanya namun belum tahu cara membuat bubur pulut hitam ini, boleh ikuti langkah yang akan kami ajarkan di dalam post ini. Bagi kami, ianya terlalu mudah untuk diikuti dan diaplikasikan. Jom kita mulakan sekarang.

Bahan Bahan

  • 500g beras pulut hitam
  • 300ml santan segar
  • 3 ketul gula melaka
  • ½ cawan gula
  • Air secukupnya
  • Daun pandan

Cara Membuat Bubur Pulut Hitam

  1. Masukkan beras pulut hitam ke dalam periuk(rujuk tips dibawah), disusuli air, dan daun pandan. step 1 bubur pulut hitam
  2. Rebus pulut hitam tadi sehingga empuk.
  3. Tambahkan air jika air rebusan hampir kering.
  4. Kemudian, masukkan gula melaka, dan perasakan dengan sedikit garam, disusuli pula dengan memasukkan gula. Teruskan kacau kesemua bahan ini.
  5. Masak sehingga bubur menjadi sedikit pekat.
  6. Akhir sekali, masukkan santan ke dalamnya. step 6 bubur pulut hitam
  7. Pastikan anda perlu sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
  8. Apabila bubur sudah pekat, bolehlah tutup api. Bubur pulut hitam kita siap untuk dihidangkan.

Tips Tambahan

  • Semasa permulaan, iaitu sebelum memasukkan beras pulut hitam ke dalam periuk. Beras pulut hitam mestilah dibasuh dengan bersih terlebih dahulu.
  • Kemudian, rendamkannya semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam (hal ini bertujuan untuk mempercepatkan proses merebus kelak).

Video Youtube

Jadi selesailah sudah pembelajaran kita dalam penyediaan bubur pulut hitam pada kali ini. Kami pasti, majoriti anda yang mengikuti tutorial ini akan mampu mempraktikkannya sendiri di rumah. Jika bahan sudah ada, apa lagi ditunggu, bolehlah segera cuba membuat dan menikmatinya bersama keluarga tersayang. Baiklah sampai disini sahaja tutorial ringkas resepi dari team kami pada kali ini. Jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian kami ini, sokonglah kami dengan berkongsi resepi kami ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Anda boleh menggunakan button share dibawah. Terima kasih.

Kongsikan Resepi