Resepi Bubur Kacang Hijau Favourite Ramai

Berjumpa lagi kita di posting terbaru. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi untuk mengunjungi website kami Dapur Osyom. Untuk tutorial resepi pada kali ini, kami akan berkongsi dengan anda semua resepi bubur kacang hijau yang menjadi kegemaran ramai. Bahan yang digunakan tidak terlalu banyak dan langkahnya senang untuk diikuti. Jadi tanpa membuang masa, jom kami akan ajarkan anda cara membuat bubur kacang hijau.

Oh ya, untuk yang lebih berminat dengan tutorial resepi ini dalam bentuk video, bolehlah scroll ke bahagian bawah post ini, atau boleh juga ke channel kami.

Bahan-Bahan

bahan bubur kacang hijau

  • 1 cawan kacang hijau
  • ¼ cawan sagu
  • 8 cawan air
  • 200ml santan
  • 2 keping gula melaka
  • ¼ cawan gula
  • 2 helai daun pandan

Cara Membuat Bubur Kacang Hijau

  1. Pertama sekali rendam kacang hijau dan sagu di dalam mangkuk yang berasingan selama 1 jam.
  2. Setelah itu, masukkan air ke dalam periuk (yang berada di atas dapur) dan masukkan kacang hijau beserta daun pandan. Rebus sehingga kacang menjadi empuk.
  3. Seterusnya, masukkan gula melaka, dan kemudian sagu. Kacau dan biarkan masak (sehingga sagu kembang).
  4. Setelah masak, masukkan pula santan dan kacau sebati.
  5. Masukkan gula, dan 1 sudu kecil garam seketika setelah itu. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Masak sehingga mendidih.
  6. Bila kuah sudah pekat, bolehlah tutup api. Sedia dihidangkan.

Video Youtube

Jadi begitulah cara-cara untuk membuat bubur kacang hijau. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari tutorial resepi kali ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi