Home » Resepi Daging » Resepi Daging Harimau Menangis Dengan 2 Jenis Sos

Resepi Daging Harimau Menangis Dengan 2 Jenis Sos

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia website Dapur Osyom ini. Pada tutorial resepi kali ini kami akan sediakan anda dengan sebuah resepi yang sangat popular, viral, dan semestinya sedap. Resepi yang kami maksudkan adalah resepi daging harimau menangis. Bukan itu sahaja, kami juga membuat tutorial tentang cara penyediaan 2 jenis sos yang teramat sedap dan padu sebagai kombinasi kepada daging harimau menangis ini.

Seperti yang kita tahu, resepi ini pernah meletop dan menjadi popular seketika kerana isu hakcipta dan sebagainya. Namun, kita lupakan perkara itu. Untuk pengetahuan anda semua uniknya menu ini, ianya memerlukan daging bahagian yang paling lembut di dalam seekor lembu, atau dikenali dengan daging batang pinang. Saya pasti bukan setakat daging harimau je menangis, bahkan anda yang mencuba resepi ini juga akan menangis sekali dek kerana kesedapannya. Ditambah pula dengan sos yang padu kami sediakan, perghh! pasti terangkat dan nak repeat lagi. Jadi, tunggu apa lagi jom kita mulakan tutorial cara membuat daging harimau menangis.

Bahan Bahan Perapan Daging

bahan bahan perapan daging harimau menangis

  • 1 kg daging ( batang pinang )
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 8 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap
  • 7 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar minyak
  • secubit garam

Bahan Bahan Sos Cili Hijau

bahan bahan sos cili hijau

  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili hijau
  • ¼ cawan air perahan limau nipis
  • 1 sudu besar nisan padi / gula
  • Daun ketumbar

Bahan Bahan Sos Cili Merah

bahan bahan sos cili merah

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • ¼ cawan air perahan limau nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Daun ketumbar

Cara Membuat Daging Harimau Menangis

  1. Pertama sekali, tumbuk lada hitam dan bawang putih sehingga lumat dan masukkan bahan yang telah ditumbuk itu ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap ke dalam bekas itu, disusuli gula perang, secubit garam dan minyak. Kacau semuanya sehingga sebati.
  3. Setelah itu, masukkan bancuhan tadi ke dalam daging yang tersedia di dalam bekas yang berasingan. Gaulkan daging dengan bancuhan itu sehingga rata kesemuanya.
  4. Tutup bekas yang berisi daging itu menggunakan plastic wrap, dan perap selama 4 jam atau boleh juga semalaman. step 4 daging harimau menangis
  5. Setelah selesai part itu, anda boleh panaskan kuali, dan masukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali tersebut. step 5 daging harimau menangis
  6. Letakkan sedikit sos perapan daging ke atas daging tersebut dan masak sehingga air daging tersebut kering. Selesai part daging.

Cara Membuat Sos Cili Hijau Daging Harimau Menangis

  1. Masukkan bawang putih, akar ketumbar dan cili hijau ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisaran tersebut ke dalam satu bekas, dan kemudian masukkan air perahan limau nipis, nisan padi, sedikit garam, dan hirisan daun ketumbar.
  3. Kacaukan semuanya sehingga sebati dan siap.

Cara Membuat Sos Cili Merah Daging Harimau Menangis

  1. Masukkan bawang putih, akar ketumbar, dan cili merah ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisaran itu ke dalam sebuah bekas yang berlainan. Kemudian masukkan air perahan limau nipis, disusuli sos tiram, gula, sedikit garam, dan hirisan daun ketumbar.
  3. Kacaukan kesemua bahan itu hingga sebati dan sos cili merah juga telah siap.

Video Youtube

Jadi selesailah sudah bagaimana cara menyediakan resepi daging harimau menangis yang sangat hit dan popular ini. Saya pasti ianya tidak sesukar yang anda bayangkan bukan? Apa kata anda semua yang mengikuti tutorial daging harimau menangis sama ada di dalam post ini atau melalui video di atas untuk terus mempraktikkannya di rumah. Saya pasti seisi keluarga akan menyukainya dan anda juga akan tersenyum lebar kerana mendapat pujian dari mereka. Sekian dulu untuk kali ini. Sebagai tanda sokongan anda sila kongsikan website kami ini kepada keluarga dan sahabat handai anda semua. Terima kasih, dan nantikan resepi akan datang pula.

Kongsikan Resepi