Selamat datang ke post kami yang terbaru. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sempat meluangkan masa untuk mengunjungi web kami ini. Untuk kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua cara membuat ikan gelama bekok kelantan versi mudah. Ianya tidak memerlukan anda untuk menjemur ikan terlebih dahulu. Walaupun popular di Kelantan, namun ikan gelama bekok ini menjadi kegemaran banyak latar belakang masyarakat kerana rasanya yang tidak muak apabila dimakan walaupun dengan nasi kosong. Jadi tanpa membuang masa, kami akan ajarkan anda langkah demi langkah cara membuat ikan gelama bekok.
Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial ikan gelama bekok melalui video dalam resolusi penuh bolehlah layari youtube channel kami tentang ikan gelama bekok kelantan atau boleh juga lihat di bahagian bawah post ini.
Bahan-Bahan
- 1 kg ikan gelama
- 5 cawan air
- ½ cawan garam
Cara Membuat Ikan Gelama Bekok
- Pertama sekali belah ikan gelama itu dari bahagian belakang. Pastikan ianya tidak putus dua dan bersihkan isi dalam ikan tersebut.
- Sediakan sebuah bekas, dan masukkan 5 cawan air. Kemian, masukkan pula garam dan ditambah pula dengan asam gelugur. Kacau sehingga garam larut.
- Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam larutan air garam tadi.
- Rendamkan ikan-ikan tersebut ke dalam larutan air garam tadi sekitar 45 minit sehingga 1 jam.
- Setelah itu, bolehlah toskan ikan tadi.
- Masukkan ikan-ikan tadi ke dalam plastik yang bersesuaian. Kami cadangkan yang boleh di sealkan.
- Simpan ikan yang telah dimasukkan ke dalam plastik tadi untuk tahan lebih lama.
- Jika anda ingin menggoreng ikan tadi, keluarkannya terlebih dahulu untuk dinyahbekukan. Dan barulah boleh digoreng.
Video Youtube
Jadi begitulah cara cara untuk membuat ikan gelama bekok versi Kelantan. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.