Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap dan Mudah

Selamat datang ke page tutorial resepi terbaru dari kami. Seperti biasa posting baru kami akan mengajarkan resepi yang lain. Team kami (Dapur Osyom) akan cuba untuk menghasilkan seberapa banyak resepi, dari resepi yang sangat mudah hinggalah yang agak rumit, dan dari resepi kategori modern hinggalah resepi tradisional. Untuk kali ini, kami akan share dengan anda resepi lauk berasaskan ikan sardin yang sangat mudah, dan boleh dicuba oleh semua orang. Rasanya sedikit berbeza dari sardin yang kita masak sacara biasa. Kami namakannya resepi sambal sardin goreng. Baiklah, jom kita mulakan cara-cara membuat sambal sardin goreng.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial sambal sardin goreng melalui video resolusi penuh bolehlah tonton video yang terdapat di channel youtube kami atau scroll sahaja ke bahagian bawah post ini.

Bahan-Bahan

bahan sambal sardin goreng

  • 1 tin sardin
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili padi

Cara Membuat Sambal Sardin Goreng

  1. Pertama sekali, asingkan ikan sardin dari kuahnya. ikan sardin step
  2. Kemudian, masukkan minyak(belum dibuka api) dan ikan yang telah diasingkan tadi satu persatu ke dalam kuali. step sambal sardin 2
  3. Seterusnya tutup kuali dan hidupkan api. Ini bagi mengelakkan minyak meletup.
  4. Goreng ikan tadi sehingga garing, dan kemudian angkat dan ketepikan ikan-ikan tersebut.
  5. Setelah itu, kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, dan cili padi.
  6. Tumis bahan yang telah dikisar ke dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
  7. Kemudian, masukkan kuah sardin yang asal ke dalam kuali dan kacau. Tambahkan juga sedikit air.
  8. Masak sehingga pecah minyak.
  9. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap dan kacau seketika.
  10. Setelah itu, tambahkan 1 sudu kecil pes asam jawa.
  11. Perasakan dengan garam dan gula dan kacau sebati.
  12. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi diikuti dengan hirisan bawang holland. Kacau seketika dan siap. Sedia untuk dihidangkan.

Video Youtube

Jadi, begitulah step untuk membuat sambal sardin goreng. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi