Selamat datang ke tutorial resepi oleh team Dapur Osyom lagi. Pada kali ini team kami akan mengajarkan anda sebuah resepi berasaskan ikan yang agak “rare tetapi sedap”. Itulah perkataan ringkas yang boleh menggambarkan resepi siakap stim limau.
Siakap stim limau sangat enak bila dihidangkan bersama nasi putih yang panas. Dengan rasanya yang masam manis dan pedas pastinya membuatkan setiap orang yang menikmatinya puas. Selain sesuai untuk dijadikan lauk pada waktu malam, menu ini juga menjadi pilihan tatkala majlis perkahwinan untuk dijadikan lauk bagi makan beradap pengantin. Jadi, menu ini boleh dikatakan agak popular juga disamping siakap tiga rasa. Tanpa berlengah lagi, jom kita mulakan tutorial tentang cara membuat siakap stim limau.
Bahan-Bahan
- 1 ekor ikan siakap
- 1 labu bawang putih
- 3 labu bawang putih jeruk
- ½ cawan air perahan limau
- 6 biji cili padi
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- Daun ketumbar
Cara Membuat Siakap Stim Limau
- Pertama sekali, kisar bawang putih jeruk, bawang putih, dan cili.
- Kemudian, masukkan bahan hasil dari kisaran tadi ke dalam bekas yang sesuai.
- Seterusnya, masukkan air perahan limau, 1 sudu besar air bawang putih jeruk ke dalam hasil kisaran itu tadi.
- Perasakan pula dengan memasukkan 3 sudu besar gula, dan 3 sudu kecil garam.. Kacaukan kesemuanya sebati.
- Setelah itu, tambahkan hirisan daun ketumbar dan gaul. Pastikan cukup rasa pedas, masam, manis, dan masin.
- Untuk step seterusnya, masukkan hirisan halia, serai, dan akar ketumbar yang telah diketuk ke dalam perut ikan.
- Tuangkan bahan campuran tadi, ke atas ikan tersebut.
- Seterusnya, kukus ikan tersebut selama 25 minit.
- Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan limau. Ikan siakap stim limau siap untuk dihidangkan.
Video Youtube
Selesailah sudah tutorial resepi ikan siakap stim limau oleh team kami pada kali ini. Kami berharap. anda yang menonton, dan mempelajarinya bolehlah cuba untuk mempraktikkan resepi ini, yang saya kira agak mudah. Nanti hasilnya bolehlah dikongsikan kepada keluarga bahkan sahabat handai sekali. Jangan takut untuk mencuba, kerana orang yang tidak mencuba tidak akan pernah menemui keberhasilan. Jadi, selamat mencuba kami ucapkan. Teruskan untuk terus melayari website dan channel kami untuk update bagi resepi-resepi terbaru. Sekian dulu untuk kali ini.