Home » Resepi Kek » Resepi Burnt Cheesecake Simple

Resepi Burnt Cheesecake Simple

Hai, kembali lagi ke posting terbaru kami. Diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi untuk mengunjungi halaman kami ini. Padi kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resepi burnt cheesecake simple. Bahan yang digunakan adalah sedikit sahaja. Namun hasilnya sangat sedap, bahkan hampir setaraf dengan kek-kek mahal yang lain. Jadi tanpa membuang masa, kami akan ajarkan anda langkah demi langkah cara membuat burnt cheesecake.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial burnt cheesecake melalui video resolusi penuh boleh kunjungi channel Youtube kami atau yang dipaparkan di bawah post ini.

Bahan-Bahan

bahan-bahan burnt cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 3 biji telur gred A
  • ½ cawan gula kastor
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar perahan lemon

Cara Membuat Burnt Cheesecake

  1. Pertama sekali, masukkan cheese ke dalam blender, diikuti 1 kotak whipping cream, telur, tepung gandum, gula kastor, dan sesudu air perahan lemon. Kisar semua bahan tadi sehingga sebati.
  2. Seterusnya, ambil loyang 6 inci dan alaskan dengan baking paper. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar sebentar tadi ke dalam loyang ini.
    loyang cheesekut
  3. Hentakkan loyang untuk buang bubble dalam adunan.
  4. Kemudian bolehlah bakar adunan tadi.
  5. Jika menggunakan oven gunakan suhu 200°c selama 40minit (bagi oven api atas dan bawah), dan tambahkan 10 minit lagi (jika oven api atas sahaja).
  6. Jika menggunakan air fryer pula setkan suhu 180°c selama 25 minit. Kemudian, tambah lagi 10 minit dengan suhu 200°c.

Video Youtube

Jadi begitulah cara-cara untuk membuat burnt cheesecake. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi resepi seperti resepi viral, simple, dan tradisional, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi