Resepi Gulai Lemak Ikan Kering Dengan Nenas

Hai semua, kembali lagi ke post kami yang terbaru. Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi melayari post kami ini. Pada post kali ini kami akan share dengan anda semua resepi gulai lemak ikan kering dengan nenas. Dalam pemerhatian kami, resepi ini agak popular dan boleh diklasifikasikan sebagai resepi yang evergreen kerana ianya sentiasa dibuat oleh ramai orang tanpa mengira musim. Jadi tanpa membuang masa, kami akan ajarkan anda langkah demi langkah cara membuat gulai lemak ikan kering.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial gulai lemak ikan kering dengan nenas melalui video resolusi penuh bolehlah kunjungi video gulai lemak ikan kering oleh team Dapur Osyom di channel Youtube kami atau yang kami paparkan di bawah.

Bahan-Bahan

bahan bahan gulai lemak ikan kering

  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • ½ inci lengkuas
  • 2 keping nenas – dipotong
  • 1 sudu besar cili kisar
  • ikan kering talang
  • santan

Cara Membuat Gulai Lemak Ikan Kering Dengan Nenas

  1. Pertama sekali, kisar bawang merah, kunyit, dan lengkuas (masukkan sedikit air ke dalam pengisar). kisar bahan gulai lemak ikan kering
  2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan tambahkan air. Biarkan masak hingga mendidih.
  3. Selepas mendidih, masukkan cili kering kisar dan kacau.
  4. Setelah itu, masukkan nenas dan kacau. Kemudian biarkan mendidih.
  5. Selepas itu, masukkan santan secukupnya dan kacau seketika.
  6. Seterusnya, tambah cili padi (jika suka).
  7. Masukkan pula ikan kering talang dan kacau sebati.
  8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  9. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Setelah itu, bolehlah tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

Video Youtube

Jadi begitulah cara-cara untuk membuat gulai lemak ikan kering dengan nenas. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi