Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Kemili (Sedap!)

Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung Dapor Osyom. Ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi website kami ini. Untuk post kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua dengan resepi gulai daging dengan ubi kemili. Secara amnya, gulai daging merupakan sebuah menu yang dikategorikan sebagai menu evergreen, bahkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan otai memang pro dalam resepi ini. Ianya hampir menjadi menu wajib di kebanyakan majlis perkahwinan di negara kita ini.

Untuk kali ini, team kami menggunakan ubi kemili sebagai salah satu add on di dalam resepi gulai daging ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita ikuti cara membuat gulai daging dengan ubi kemili oleh Dapur Osyom.

Untuk anda yang lebih menggemari tutorial resepi dalam bentuk video, terus scroll ke bahagian bawah post ini. Atau untuk menontonnya dalam resolusi penuh, bolehlah ke channel kami.

Bahan-Bahan

bahan bahan gulai daging

  1. 1 kg daging
  2. ½ kg ubi kemili / ubi kentang
  3. 12 biji bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1 inci halia
  6. 1 inci lengkuas
  7. 1 inci kunyit hidup
  8. Kakas kasar
  9. 3 sudu besar serbuk kari daging
  10. 2 sudu besar serbuk cili
  11. 1 sudu besar serbuk jintan manis
  12. 1 sudu besar serbuk jintan putih
  13. 1 sudu besar serbuk ketumbar
  14. 300 ml santan

Cara Membuat Gulai Daging

  1. Pertama sekali, kisar 8 ulas bawang merah, bawang putih, dan kunyit. kisar bahan gulai daging
  2. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian masukkan kakas kasar, 4 biji bawang merah yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan pula bahan kisaran tadi dan kacau serta biarkan seketika.
  4. Masukkan halia dan lengkuas yang diketuk, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Masukkannya secara berurutan sambil terus mengacau.
  5. Tambahkan pula, sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Tambah air lagi jika perlu.
  7. Kemudian, masukkan 1 ketul gula melaka dan 1 sudu pes asam jawa dan kacau.
  8. Masukkan pula garam, dan kacau.
  9. Langkah seterusnya, bolehlah memasukkan daging mentah yang disediakan tadi. step gulai daging
  10. Setelah semua daging dimasukkan, kacau seketika sebelum menutup periuk. Biarkan sehingga daging empuk.
  11. Setelah itu, masukkan pula ubi kemili dan kacau. Biarkan seketika.
  12. Kemudian masukkan pula cili padi.
  13. Langkah seterusnya ialah dengan memasukkan santan ke dalamnya, dan kacau sehingga sebati.
  14. Masak sehingga daging dan ubi empuk.
  15. Bila kuah sudah pekat (boleh periksa setelah beberapa ketika) bolehlah tutup api. Gulai daging sedia dihidangkan.

Video Youtube

Seperti itulah langkah-langkah untuk membuat gulai daging dengan ubi kemili. Semoga anda semua dapat mempelajari serta mempraktikkannya. Jika ada apa-apa persoalan bolehlah menghubungi kami. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan boleh juga ke channel Youtube kami untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi resepi ini dengan keluarga dan sahabat handai. Sekian dari kami. Selamat mencuba.

Kongsikan Resepi