Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini agak lambat sedikit team kami update resepi terbaru untuk anda belajar dan praktikkan. Kebetulan salah satu dari team kami ke sungai yang mempunyai aliran air dari empangan untuk mengutip etak baru-baru ini. Kerana kebetulan empangan tutup buat seketika, maka paras air sedikit surut, dan proses mencari etak lebih senang. Team kami sempatlah mengutip sekitar 2.5kg etak, namun saudara-saudara kami berjaya mengutip sekitar lebih kurang 15kg. Itulah serba sedikit cerita bagaimana kami memperolehi etak.
Sebenarnya jika bercerita tentang etak, ianya lebih sinonim dengan salai, namun untuk kali ini kami akan ajarkan dahulu kepada anda resepi gulai lemak putih. Sebenarnya, etak ini boleh juga digantikan dengan yang lainnya seperti lala dan sebagainya. Ianya terpulang kepada anda, sumber yang mana senang diperolehi atau dibeli. Oklah, tanpa berlengan lagi, jom kita mulakan resepi masak lemak putih etak.
Bahan-Bahan
- 1 kg etak (boleh juga kupang, kepah, atau lala dan sebagainya)
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 3 batang serai
- 2 biji cili padi (optional)
- 300 ml santan segar
Cara Membuat Resepi Gulai Lemak Putih Etak
- Pertama sekali masukkan bawang merah, bawang putih, cili, dan sedikit air ke dalam blender. Kisar sehingga lumat.
- Setelah itu, masukkan bahan kisar ke dalam periuk, dan kacau sedikit.
- Kemudian, masukkan serai dan halia yang telah diketuk ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air ke dalamnya.
- Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
- Biarkan bahan tersebut mendidih selama 10 minit.
- Setelah itu, bolehlah masukkan etak ke dalamnya.
- Seterusnya, masukkan pula santan ke dalamnya.
- Kacaukan kesemuanya sehingga sebati
- Perasakan pula dengan garam dan gula dan kacau.
- Setelah itu, masukkan asam gelugur. Pastikan anda sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
- Akhir sekali, masukkan cili jika anda suka. Perlu diingat, kacau perlahan-lahan bahan-bahan tadi, untuk mengelakkan isi terpisah dari kulit.
- Resepi gulai lemak putih etak anda sudah siap dan sedia dihidangkan.
Video Youtube
Membuat gulai lemak putih etak ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Bahkan resepi ini punya fleksibiliti, yang mana anda boleh juga boleh menggunakan bahan yang lain selain etak seperti kupang, lala, kepah, dan sebagainya. Bagi anda yang mengutip etak ini sendiri, ianya pasti menjadi kepuasan selepas menikmati hasil kutipan anda menjadi kuah yang menyelerakan untuk dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lainnya. Baiklah, jika anda suka tutorial kali ini, sebar-sebarkanlah kepada kenalan anda dengan menggunakan butang share di bawah. Sekian, dan jumpa lagi pada tutorial akan datang. Terima kasih.