Resepi Sayur Masak Lemak Putih

Hai, bertemu lagi kita semua pada posting terbaru dari kami. Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke post kami. Pada posting kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua dengan resepi sayur masak lemak putih. Resepi ini sesuai dibuat pada bila-bila masa dan tidak kira musim. Ianya juga merupakan sebuah resepi yang sihat kerana mengandungi banyak sayur-sayuran. Jadi tanpa membuang masa, kami akan ajarkan anda langkah demi langkah cara membuat sayur masak lemak putih.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial sayur masak lemak putih melalui video resolusi penuh boleh kunjungi video sayur masak lemak putih oleh team Dapur Osyom di Youtube atau yang disediakan di bawah.

Bahan-Bahan

  • 4 ulas bawang merah
  • 200ml santan segar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • Cili besar
  • Sayur pilihan

Cara Membuat Sayur Masak Lemak Putih

  1. Langkah pertama, masukkan lada hitam ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian masukkan pula bawang merah dan sambung menumbuk. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis, dan tumbuk kesemuanya sehingga lumat.
  2. Masukkan santan segar ke dalam periuk yang berada di atas dapur bersama dengan bahan yang telah ditumbuk tadi dan kacau sebati.
  3. Seterusnya tambahkan air dan kacau sehingga menggelegak.
  4. Setelah itu, masukkan batang sawi dan carrot. Pastikan untuk sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
  5. Kemudian, masukkan cili besar, pucuk paku dan teruskkan kacau sehingga semuanya sekata.
  6. Masukkan daun sawi dan kacau lagi.
  7. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula dan kacau sebelum tutup api.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan sayur masak lemak putih. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari tutorial pada kali ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi