Assalamualaikum. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang sudi melayari website ini. Sokongan berterusan dari pihak anda, menjadi suntikan semangat buat kami untuk terus menyediakan tutorial resepi-resepi baru. Baiklah, pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua sebuah resepi yang amat popular dalam masyarakat kita iaitu roti jala.
Namun pada kali ini, yang akan kami ajarkan adalah cara membuat roti jala coklat (sos coklat). Ianya sedikit berlainan dengan roti jala biasa yang menggunakan gulai sebagai pencicah. Untuk resepi roti jala ini kami gunakan sos coklat sebagai pencicah. Tutorial untuk membuat sos coklat juga ada diajarkan di bawah dan dalam video kami.
Bahan-Bahan Roti Jala
- 3 cawan gandum
- 2 ½ cawan air
- 4 sudu besar milo
- 2 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
Bahan-Bahan Sos Coklat
- 150 g milk chocolate ( Beryl’s )
- 70 g dark chocolate ( Beryl’s )
- 120 ml susu cair / fullcream
Cara Membuat Roti Jala Coklat
- Pertama sekali, kisar semua bahan-bahan roti jala sahaja menggunakan blender sehingga sebati.
- Kemudian, panaskan kuali leper dan bahan-bahan hasil kisaran dari blender tadi dimasukkan ke dalam botol roti jala 3 lubang atau 5 lubang. Setelah itu, mulakan menjala mengikut kreativiti.
- Gulungkan hasil jalaan anda tadi.
- Setelah selesai proses menjala sebanyak mungkin, kini tiba masanya untuk membuat sos coklat pula. Masak kesemua bahan sos coklat tadi secara kaedah double boil.
- Setelah bahan mula mencair, kacau sehingga sebati.
- Sos akan pekat bila sudah sejuk.
Tips Roti Jala
- Semasa tengah blend bahan roti jala, lihat pada tengah pusaran. Jika besar, tambahkan tepung sehingga pusaran itu kecil dengan anggaran jari kelingking kita.
Tips Sos Coklat
- Bekas double boil yang digunakan untuk mengisi bahan sos, mestilah lagi besar dari periuk dibawahnya.
- Jika ketiadaan susu cair, boleh diganti dengan susu fullcream.
Video Youtube
Jadi, begitulah langkah-langkah untuk membuat roti jala coklat. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Jika anda inginkan tutorial butir nangka ini secara video bolehlah lihat di atas atau klik untuk terus ke aplikasi youtube. Untuk lebih banyak lagi resepi yang lain, teruskan melayari website dan channel Youtube kami. Kongsikan juga apa yang anda belajar kepada keluarga dan sahabat handai anda. Sekian dari kami.