Home » Resepi Lauk Pauk » Resepi Ayam Masak Kam Heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong

Hai dan selamat datang pada anda semua pengunjung Dapur Osyom. Untuk posting kali ini team kami akan mengajarkan anda cara memasak ayam kam heong yang mudah dan sedap. Resepi ini ada penggemarnya tersendiri dan mungkin baru juga bagi sebahagian orang.

Penyediaannya sangat sederhana, namun sangat berbaloi untuk dicuba kerana rasanya yang boleh membukakan selera sesiapa yang menikmatinya. Jadi, pada kali ini kami akan ajar resepi ayam kam heong secara step by step. Anda juga boleh menonton tutorial secara video yang kami sediakan di bahagian bawah post ini atau boleh terus ke channel kami.

Bahan-Bahan

bahan bahan ayam masak kam heong

  • ½ ekor ayam
  • ½ inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji cili padi
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam

Cara Membuat Ayam Kam Heong

  1. Pertama sekali, perap ayam dan kunyit selama 10 minit. ayam kam heong step 1
  2. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan ayam. Goreng semua ayam sehingga garing dan setelah itu bolehlah angkat terlebih dahulu. ayam kam heong step 2
  3. Setelah itu buang sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan pula daun kari dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga garing.
  5. Setelah itu, masukkan serbuk kari dan air. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air jika kering.
  7. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap dan kacau sebati.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Setelah itu, masukkan bawang holland dan cili dan kacau.
  10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau serata dan selesai.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk memasak ayam kam heong. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari website kami, dan channel Dapur Osyom untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai tentang resepi kami. Sekian.

Kongsikan Resepi