Home » Resepi Lauk Pauk » Resepi Ikan Masak Laprik

Resepi Ikan Masak Laprik

Selamat datang, berjumpa lagi kita pada posting terbaru. Ribuan terima kasih kerana sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke post kami ini. Pada kali ini kami akan berkongsi dengan pengunjung semua dengan resepi ikan masak laprik. Resepi ini mungkin jarang didengar oleh sesetengah orang. Ianya juga merupakan sebuah resepi yang sebenarnya tidak asing dalam masyarakat kita, dan mempunyai penggemarnya tersendiri. Jadi tanpa membuang masa, kami akan ajarkan anda langkah demi langkah cara membuat ikan masak laprik.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial ikan masak laprik melalui video beresolusi penuh bolehlah kunjungi video ikan masak laprik yang disediakan oleh team Dapur Osyom di Youtube atau yang terdapat di bawah post ini.

Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan kembung
  • 5 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • ½ inci halia
  • 5 biji cili besar
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji tomato
  • Akar ketumbar

Cara Membuat Ikan Masak Laprik

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dan kemudian goreng ikan yang telah dilumur garam dan kunyit. Pastikannya sehingga garing. Kemudian angkat, dan ketepikan ikan tadi.
  2. Langkah seterusnya, kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili, akar ketumbar, dan 1 biji tomato.
  3. Tumiskan bahan yang telah dikisar ini. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Jika perlu, tambahkan sedikit air setelah itu dan kacau.
  4. Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan kacau.
  5. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Setelah itu, masukkan 1 biji tomato yang telah dicincang,  bawang holland, dan daun ketumbar. Kacaukan kesemuanya sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan dan ratakan bahan yang telah dimasak tadi kepada semua ikan tersebut.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan ikan masak laprik. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.

Kongsikan Resepi