Resepi Kari Ikan Merah Kaww

Hai semua. Terima kasih kerana sudi singgah di website kami. Pada posting kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua satu resepi iaitu kari ikan merah. Kari ikan merah ini seperti yang kita tahu ada penggemarnya tersendiri. Dengan rasa yang agak unik disertakan dengan bau aroma kari, pastinya akan memecahkan selera sesiapa sahaja yang mengidamkannya. Jadi, di sini kami akan ajarkan anda secara langkah demi langkah untuk membuat kari ikan merah.

Bagi anda yang lebih suka resepi dan tutorial bubur jagung melalui video resolusi penuh bolehlah kunjungi video kari ikan merah oleh team Dapur Osyom di Youtube atau yang kami sediakan dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan merah ( 1kg )
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 4 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 200ml santan segar
  • Tomato
  • Bendi
  • Lada hijau

Cara Membuat Kari Ikan Merah

  1. Pertama sekali, panaskan minyak.
  2. Kemudian, masukkan daun kari.
  3. Seterusnya masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan halba campur.
  4. Setelah itu, masukkan 1/2 biji tomato yang dicincang halus dan tumis semua bahan tadi sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan rempah kari ikan, serbuk cili, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih.
  6. Tambah sedikit air sambil mengacau.
  7. Masak sampai pecah minyak.
  8. Jika rempah kering, boleh tambah air.
  9. Ulang tambah air beberapa kali, sehingga betul-betul pecah minyak.
  10. Pastikan masak menggunakan api sederhana supaya rempah tidak hangus.
  11. Bila rempah sudah masak, boleh masukkan santan. Kacau sebati dan tambahkan air jika perlu.
  12. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan.
  13. Perasakan dengan garam dan gula atau gula melaka.
  14. Seterusnya, masukkan bendi.
  15. Setelah itu, masukkan pes asam jawa dan kacau perlahan supaya isi ikan tidak hancur.
  16. Akhir sekali, masukkan cili hijau dan tomato. Tutup periuk, dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bolehlah sedia untuk dihidangkan.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan kari ikan merah yang kaww. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari website kami, dan channel kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai tentang resepi kami ini. Sekian.

Kongsikan Resepi