Hai dan selamat datang pada anda semua pengunjung Dapur Osyom. Untuk posting kali ini team kami akan mengajarkan anda cara membuat masak lemak cili api daging salai (air fryer). Resepi ini ada kalangan penggemarnya tersendiri terutama orang Negeri Sembilan.
Penyediaannya sederhana sahaja, namun sangat berbaloi untuk dicuba kerana ianya tidak terlalu sukar untuk diikuti. Jadi, pada kali ini kami akan ajar resepi masak lemak cili api daging salai (air fryer) secara step by step. Jika anda ingin melihat tutorial secara video dalam resolusi penuh tentang cara membuat masak lemak cili api daging salai oleh team Dapur Osyom, bolehlah scroll ke bawah atau terus ke channel youtube kami.
Bahan-Bahan
- 300gm daging salai (menggunakan air fryer)
- 1 inci kunyit
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai (diketuk)
- segenggam cili padi (kurangkan jika tidak suka pedas)
- 300ml santan segar
- air
Cara Membuat Masak Lemak Cili Api Daging Salai
- Satukan 300gm daging, garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan perap selama satu jam.
- Masukkan ke dalam air fryer, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
- Potong daging yang telah dibakar tadi. Kemudian susunkan daging itu ke dalam periuk yang sesuai.
- Untuk dapatkan aroma(optional), masukkan arang yang telah dibakar terlebih dahulu di atas dapur, ke tengah-tengah susunan daging tadi yang di alas dengan aluminium foil. Tutup periuk dan biarkan selama 30 minit.
- Kisarkan cili padi, kunyit dan air bersama dan masukkan bahan kisaran ini ke dalam periuk yang berasingan di atas dapur serta tambahkan sedikit air.
- Masukkan serai dan asam gelugur ke dalam periuk itu, dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan sedikit garam dan kacau sebati.
- Masukkan daging salai yang dibakar awal tadi. Kacau serta tambahkan sedikit air.
- Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk.
- Kemudian masukkan santan dan kacau sebati.
- Tambah sedikit garam dan gula.
- Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit (jika suka).
Video Youtube
Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan masak lemak cili api daging salai. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari website kami, dan channel Dapur Osyom untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai tentang resepi kami. Sekian.