Resepi Etak Masak Tomyam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada posting ini ditulis kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadan. Dan seperti yang kita tahu carian tentang sesuatu resepi akan meningkat mendadak pada bulan ini, maklumlah seorang suri rumah akan mencari-cari apa yang ingin di masak pada waktu berbuka atau juga waktu sahur. Jika anda sudah biasa dengan resepi yang popular dan lazim anda, apa kata anda cuba resepi dari kami ini iaitu resepi etak masak tomyam. Suka untuk saya ingatkan bahawa resepi ini tidak semestinya perlu menggunakan etak. Anda juga boleh menggunakan lala atau kerang juga.

Team kami terfikir untuk membuat resepi ini kerana masih berbaki etak yang dikutip tempohari yang telah kami kongsikan dalam post resepi etak ini jika anda belum melihatnya. Baiklah tanpa membuang masa jom kita mulakan resepi ini.

Bahan Bahan

bahanbahan etak masak tomyam

  • 1 kg etak/lala/kerang
  • 1 labu bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 sudu besar pes tomyam
  • 1 biji limau nipis

Cara Membuat Etak Masak Tomyam

  1. Pertama sekali, panaskan minyak di dalam periuk, dan masukkan bawang putih dan bawang holland. Disusuli serai, halia dan lengkuas yang telah diketuk. Tumiskan sehingga bawang layu.
  2. Seterusnya masukkan pula daun limau purut.
  3. Kemudian, masukkan pes tomyam ke dalamnya dan kacau kesemua bahan tersebut.  step 3 etak masak tomyam
  4. Masukkan pula sedikit air, dan perasakan pula dengan garam dan gula seketika setelah itu.
  5. Seterusnya, perahkan 1 biji limau nipis dan kacau sehingga sebati, dan pastikan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
  6. Kemudian barulah dimasukkan etak ke dalam periuk tadi. step 6 etak masak tomyam
  7. Gaulkan etak tadi seketika dan kemudian tutup periuk dengan tudungnya dalam anggaran masa 5 hingga 8 minit.
  8. Setelah itu, bila kulit etak sudah terbuka, anda bolehlah tutup api. Etak masak tomyam anda telah siap dimasak.

Video Youtube

Agak senang bukan membuat etak masak tomyam? Jom kami ajak anda juga untuk mencuba resepi ini dirumah juga, yang mana suka untuk saya ingatkan bahawa etak juga boleh digantikan dengan lala atau kerang juga. Baiklah, semoga bermanfaat dan jumpa lagi pada resepi yang lain pula. Terima kasih kerana sudi membaca dan menonton.

Kongsikan Resepi