Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali lagi ke tutorial resepi dari team Dapur Osyom. Seperti yang kita sedia maklum, menu yang ringkas dan mudah disediakan senantiasa menjadi pilihan ramai. Maklumlah sekarang zaman serba memerlukan kelajuan dan kecepatan. Bukan setakat memasak sahaja nak laju, internet dh 5G, kereta kecil dah ada turbo, hampir semua benda la. Jadi, dalam perihal keduniaan, banyak yang kita perlu siapkan dalam kadar yang cepat termasuklah memasak.
Untuk kali ini team kami juga akan ajarkan anda dengan sebuah tutorial lauk yang ringkas dan mudah disediakan. Yang kami maksudkan ialah resepi sambal tempe ikan bilis. Ianya sangat sedap jika dimakan bersama nasi yang panas. Bahkan sambal tempe ikan bilis ini boleh menjadi pengganti lauk familiar anda jika sudah bosan untuk rotate menu yang sama setiap minggu. Apa tunggu lagi, mari kita mulakan cara membuat resepi sambal tempe ikan bilis ini.
Bahan Bahan
- 3 peket tempe
- 4 biji ubi kentang
- 1 genggam ikan bilis
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 6 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili ( optional )
- 4 helai daun limau purut
Cara Membuat Sambal Tempe Ikan Bilis
- Pertama sekali, panaskan minyak ke dalam kuali dan kemudian masukkan tempe. Goreng sehingga garing, kemudian angkat dan toskan.
- Setelah itu, masukkan pula ubi kentang di dalam minyak yang sama, dan goreng sehingga ubi kentang lembut. Kemudian angkat, dan toskan.
- Masukkan pula ikan bilis ke dalam minyak yang sama, goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Setelah itu, masukkan bawang merah, bawang putih, dan bawang holland yang di kisar halus ke dalam kuali tadi dan kacau sedikit. Disusuli dengan memasukkan cili kisar, dan kacau.
- Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga pecah minyak.
- Anda boleh tutupkan kuali untuk mengelakkan dari bahan tersebut terpercik keluar.
- Seterusnya, masukkan daun limau purut, dan biarkan seketika. Tambah air jika sambal kering.
- Kemudian, masukkan sos cili, dan sedikit gula melaka dan kacau.
- Perasakan pula dengan garam dan gula. Kacau seketika, dan bila sambal sudah masak boleh tutup api.
- Biarkan sambal sejuk, dan akhir sekali masukkan bahan-bahan yang digoreng di awal tadi ke dalamnya.
- Kacau sehingga sebati, dan sambal tempe ikan bilis anda sedia untuk dihidangkan.
Video Youtube
Selesailah sudah cara-cara membuat sambal tempe ikan bilis kita. Mudah bukan? Saya harap anda yang mempelajarinya boleh terus untuk mempraktikkan resepi ini di rumah atau dimana sahaja anda berada. Belum cuba belum tau. Baiklah, sampai disini sahaja dahulu tutorial pada kali ini. Jika anda merasakan tutorial kami ini bermanfaat untuk anda, sudi-sudilah kongsikan post ini kepada sahabat dan keluarga anda. Anda boleh gunakan button kongsi dibawah untuk lebih mudah. Sekian, terima kasih.