Resepi Mee Goreng Simple dan Sedap

Hai semua. Terima kasih kerana sudi singgah di website kami. Pada posting kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua satu resepi yang evergreen. Tidak kira musim, jantina, mahupun usia pasti akan menyukai mee goreng. Boleh dikatakan hampir tidak ada satu kedai masakan panas pun tidak menyediakan resepi mee goreng ini.

Kenapa ianya begitu popular? Semestinya kerana rasanya yang sedap, dan harganya tidak terlalu mahal. Namun, ianya lebih baik jika anda sendiri yang memasaknya. Jadi, pada kali ini kami akan ajarkan anda cara membuat mee goreng simple secara step by step. Jika anda ingin menonton tutorial secara video resolusi penuh tentang cara membuat mee goreng oleh team Dapur Osyom boleh lihat di bahagian bawah post ini atau boleh ke channel kami.

Bahan-Bahan

bahan bahan mee goreng

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • Isi ayam, udang, dan sotong
  • Sawi, taugeh, dan tomato

Cara Membuat Mee Goreng

  1. Pertama sekali, panaskan minyak. Setelah itu masukkan bawang putih yang dicincang halus dan tumiskannya hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan isi ayam, dan kacau sehingga ayam menjadi separuh masak.
  3. Seterusnya, masukkan campuran sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap. Kacau sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan pula air, dan biarkannya mendidih.
  5. Setelah itu, masukkan udang dan sotong dan kacau.
  6. Masukkan pula batang sawi.
  7. Step seterusnya, masukkan sedikit garam dan gula, dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan sawi dan tomato pula.
  9. Setelah itu, masukkan 1 plastik mee. Kacau mee tadi sehingga sebati.
  10. Untuk memasukkan telur, ketepikan mee, dan boleh masukkan telur disitu. Kacau sebati sehingga mee bersalut dengan telur. masukkan telur ke dalam mee
  11. Boleh tambah sedikit lagi kicap jika suka.
  12. Kacau sehingga kuah sedikit pekat.
  13. Akhir sekali, masukkan taugeh, dan kacau sebentar.
  14. Kemudian boleh tutup api.

Video Youtube

Jadi begitulah cara cara untuk menyediakan mee goreng yang simple. Selamat mencuba kami ucapkan dari team Dapur Osyom. Untuk lebih banyak lagi resepi, teruskan melayari website kami, dan channel kami juga untuk tutorial secara video yang lebih mudah difahami. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai tentang resepi kami. Sekian.

Kongsikan Resepi