Mee kuah merupakan salah satu resepi yang ringkas penyediaannya dan sangat sedap untuk dimakan. Biasanya ianya dinikmati pada waktu hujan ketika mee masih dalam keadaan panas. Sebahagian orang menambah sos cili ke dalam mee untuk rasa pedas yang extra.
Contents
show
Bahan-Bahan
Berikut merupakan bahan yang diperlukan untuk menyediakan Mee Kuah Kelantan ini:
- 6 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holland
- 1 sudu lada hitam
- carrot
- kubis
- bunga sawi
- kubis
- tomato
- ayam/daging telur
Cara Membuat Mee Kuah
- Pertama sekali, panaskan sedikit minyak.
- Kemudian, masukkan bawang putih, bawang holland, dan lada hitam. Tumis bahan tersebut hingga naik bau.
- Setelah itu, masukkan ayam dan gaul sedikit.
- Selepas itu masukkan air secukupnya berdasarkan saiz bekas atau kuali yang anda gunakan. Kacau sedikit, dan tinggalkan seketika sehingga air tersebut mendidih.
- Masukkan garam, gula, dan sedikit serbuk perasa. Kacau serata.
- Masukkan pula, carrot, dan kubis bunga. Biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan kubis, sawi, dan telur.
- Akhir sekali masukkan tomato. Kacau serata semua bahan-bahan tadi. Dan biarkan seketika sebelum api dimatikan.
- Setelah itu, ianya sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. 🙂
Video Youtube
Untuk lebih detail, pihak kami ada sediakan video step by step resolusi penuh, anda boleh menontonnya di atas atau terus ke channel kami. Setiap langkah ada diajarkan agar senang untuk anda belajar dan aplikasikan. Selamat mencuba, dari kami team Dapur Osyom.