Selamat datang ke tutorial resepi yang disediakan oleh team Dapur Osyom. Untuk kali ini team kami ingin lebih rilex dengan menyediakan anda dengan sebuah resepi yang dipanggil puding jagung kastard. Puding jagung ini boleh dikatakan merupakan salah satu puding yang agak popular di Malaysia, bahkan ianya digemari oleh pelbagai latar belakang masyarakat.
Walaupun jarang kita dengar ianya dihidangkan pada sesebuah majlis, namun puding jagung tidaklah tenggelam akan popularitinya. Hal ini demikian kerana, puding jagung memiliki rasa yang manis dan lembut, serta tekstur dalamannya yang agak unik dek kerana jagung itu sendiri. Seperti yang kita tahu, resepi ini terdapat pelbagai jenis varian mengikut kekreatifan si pembuat itu sendiri. Namun, untuk kali ini saya ingin mengajarkan anda semua cara membuat puding jagung kastard simple tetapi sedap. Jom kita mulakan secara langkah demi langkah sekarang.
Bahan-Bahan
- 1 ½ cawan tepung kastard
- ¾ cawan gula
- 3 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 tin jagung manis
Cara Membuat Puding Jagung Kastard
- Pertama sekali, masukkan air ke dalam periuk.
- Disusuli pula dengan susu cair, gula, dan tepung kastard. Kemudian kacau sehingga tepung dan gula itu larut.
- Seterusnya, tambahkan jagung manis ala krim ke dalam periuk tadi dan kacau sebati. Perlu diingat sehingga step ini anda jangan lagi membuka api dapur.
- Selepas itu, masukkan secubit garam. Bila semua bahan sudah dikacau sebati barulah boleh buka api dapur.
- Pastikan ianya dimasak dalam keadaan api yang perlahan.
- Teruskan mengacau supaya adunan tersebut rata dan tidak berketul.
- Pastikan masak sehingga pekat dan berkilat.
- Bila sudah keluar gelembung bolehlah tutup api dapur anda tadi.
- Kemudian, terus masukkan ke dalam bekas bagi mendapatkan permukaan puding yang licin.
- Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu, puding jagung kastard sedia untuk dihidangkan.
Video Youtube
Jadi, betulah caranya untuk membuat puding jagung kastard yang simple dan sedap. Kami berharap anda yang mengikuti tutorial pada kali ini dapat mengaplikasikannya terus. Anda juga boleh mengolah puding ini mengikut kekreatifan anda sendiri. Puding jagung ini sangat sesuai dihidangkan pada musim panas untuk memberikan rasa dingin pada tekak kita. Apapun, selamat mencuba kami ucapkan dan jangan lupa untuk berkongsi website resepi ini dan channel youtube kami juga kepada keluarga dan sahabai handai anda semua. Sekian dahulu. Terima kasih.