Resepi Sambal Sotong Pedas dan Sedap

Resepi sambal sotong, merupakan antara resepi berasaskan sotong yang mempunyai carian yang banyak mengikut pemerhatian kami. Jadi, tidak salahlah pada tutorial kali ini team kami akan sajikan anda semua dengan tutorial resepi sambal sotong. Penggemar sotong dan masakan yang pedas pastinya akan menjadikan menu ini sebagai menu wajib mereka, sekurangnya sebulan sekali mungkin?

Sambal sotong biasanya dimakan dengan nasi lemak, namun tidak kurang juga ada suri rumah yang menghidangkannya dengan nasi putih sahaja. Jika dilihat dari jauh, penggemarnya sudahpun terpukau, mana taknya dengan warna sotong yang kemerahan kerana disaluti sambal. Apa lagi bila menikmatinya sendiri, mungkin akan menambah-nambahlah nasi mereka. Baiklah, berhenti berceloteh dan kita fokus pada cara membuat sambal sotong secara step by step. Anda tidak perlu risau, penyediaannya sederhana sahaja. Berikut merupakan bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-Bahan

  • 1kg sotong
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • ½ inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili

Cara Membuat Sambal Sotong

  1. Pertama sekali panaskan periuk, dan kemudian masukkan sotong. Masak sotong tadi sehingga keluar airnya dan kemudian ketepikan. step 1 sambal sotong
  2. Langkah seterusnya ialah kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Selanjutnya, panaskan minyak, dan masukkan bahan kisaran tadi ke dalamnya. Kacau sedikit dan disusuli dengan memasukkan cili kisar. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula serai, dan boleh tutup periuk bagi mengelakkan daripada sambal terpercik keluar. step 4 sambal sotong
  5. Sesekali bolehlah buka periuk dan kacau bahan tersebut. Manakala jika sambal kelihatan sedikit kering, bolehlah tambahkan air.
  6. Ulang tambah air beberapa kali sehingga betul-betul pecah minyak.
  7. Kemudian, masukkan sos cili dan kacau. Disusuli pula dengan gula melaka dan kacau.
  8. Tambahkan pula, sedikit pes asam jawa, dan perasakan dengan garam. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  9. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan sotong ke dalam sambal tadi. Kacau sekata dan biarkan seketika bolehlah tutup api. step 9 sambal sotong

Tips Tambahan

  • Pastikan periuk betul-betul panas sebelum memasukkan sotong pada permulaan langkah di atas. Tujuannya adalah untuk matikan air sotong dan supaya sotong tidak berair.
  • Jangan terlalu lama juga memasak, kerana boleh menyebabkan sotong menjadi liat.

Video Youtube

Jadi selesailah sudah bagaimana cara menyediakan resepi sambal sotong. Kami yakin ianya tidak sesukar yang anda fikirkan, betul tak? Cadangan kami, jika ada step yang ditulis kurang difahami, bolehlah rujuk di dalam video di atas. Kami juga berharap bagi anda yang telah mempelajarinya di dalam post ini atau video di atas dapat mempraktikkannya di rumah anda sendiri. Mungkin ahli keluarga anda yang belum merasainya sebelum ini akan menyukainya. Oklah, sekian dulu untuk tutorial pada kali ini. Sebagai tanda sokongan anda sila share page resepi ini kepada keluarga dan sahabat handai anda semua. Terima kasih, dan nantikan kemaskini resepi yang lain pula.

Kongsikan Resepi