Hai, selamat datang ke post terbaru tutorial resepi yang disediakan oleh team Dapor Osyom. Pada kesempatan kali ini team kami akan membuat tutorial untuk resepi breakfast yang sangat popular di seluruh dunia. Malah ianya bukan hanya dimakan ketika breakfast sahaja, namun anda yang mengambilnya ketika makan tengah hari dan makan malam juga. Yang kami maksudkan adalah resepi sandwich telur.
Sandwich telur merupakan makanan sampingan yang mudah dan cepat disediakan. Dan ianya senang untuk dibawa ke mana-mana samaada pejabat, sekolah, atau ketika bercuti sekalipun. Selain dari penyediaannya yang mudah, sandwich telur juga tidak tertakluk kepada satu kelompok bahan sahaja. Ianya boleh divariasikan mengikut kreativiti anda masing-masing samaada untuk menambah daging, keju dan sebagainya. Jika anda belum mencubanya, inilah masa untuk mempelajarinya. Baiklah, terus kepada tutorial cara membuat sandwich telur yang mudah ini.
Bahan-Bahan
- Roti
- 5 biji telur
- 5 sudu besar mayonis
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Daun salad
- Timun
- Tomato
Cara Membuat Sandwich Telur
- Pertama sekali, masukkan telur yang telah direbus ke dalam satu bekas. Kemudian lenyekkan telur itu sehingga hancur.
- Seterusnya, masukkan mayonis ke dalam telur itu, dan disusuli dengan serbuk lada hitam. Gaulkan bahan itu sehingga sebati.
- Setelah itu, perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Langkah seterusnya, sapu mentega pada semua roti.
- Kemudian, letakkan daun salad ke atas roti, disusuli telur yang disediakan tadi.
- Susun timun ke atas telur itu, dan letakkan tomato ditengahnya.
- Tutupkan dengan menggunakan sekeping roti lagi dan kemudian potong roti itu pada kesemua 4 penjuru untuk membentuk segitiga.
- Akhir sekali, lapikkan roti yang telah siap dipotong tadi dengan mengggunakan doily paper satu persatu. Sandwich telur sedia untuk dihidangkan atau dijadikan bekalan.
Video Youtube
Jadi begitulah mudahnya menyediakan resepi sandwich telur. Ianya sangat sesuai untuk dipelajari oleh semua orang, bahkan pelajar sekolah sekalipun. Kami berharap anda semua yang menonton dan mengikuti tutorial pada kali ini dapat mengaplikasikan apa yang anda belajar bahkan mungkin boleh mevariasikan mengikut kreativiti dan citarasa anda sendiri. Sekian saja untuk kali ini, dan jangan lupa untuk berkongsi website kami ini kepada sahabat handai dan keluarga anda semua. Semoga anda semua memperoleh manfaat dari apa yang dipelajari. Terima kasih.