Cara-Cara Rebus Kerang Dengan Betul

Assalamualaikum dan selamat datang kepada anda semua pengunjung website Dapur Osyom. Anda yang singgah ke post ini pastinya sedang mencari tentang cara merebus kerang bukan? Anda berada di tempat yang betul. Seperti yang kita tahu, kerang merupakan salah satu hidupan laut yang sangat popular dan menjadi buruan penggemarnya terutama di bulan puasa. Bahkan, para peniaga kedai makan sendiri memborong kerang dengan banyak untuk menjual menu “seasonal” ini kepada para pelanggan.

Dalam tutorial kali ini, ianya sedikit berlainan kerana team kami akan mengajarkan anda tentang cara rebus kerang dengan betul untuk anda hidangkan bersama sos yang enak. Jadi, selepas ini anda bolehlah sediakan sendiri “colek kerang” tanpa lagi perlu ke kedai. Jom kita lihat bahan dan cara rebus kerang secara step by step.

Bahan-Bahan

bahan-bahan rebus kerang

  • 1 kg kerang
  • 2 cawan air
  • 4 batang serai
  • ½ labu bawang putih
  • 1 inci halia

Step dan Cara Rebus Kerang

  1. Mulakan dengan memasukkan air ke dalam periuk.
  2. Kemudian disusuli dengan serai, bawang putih serta halia yang telah diketuk ke dalam periuk.
  3. Tambahkan pula 1 sudu garam.
  4. Masakkan bahan-bahan tadi hingga airnya mendidih.
  5. Setelah itu, terus masukkan kerang (yang telah dibersihkan)* dan tutupkan periuk itu.
  6. Masa merebus kerang adalah sekitar 3 minit sahaja, dan jangan terlalu lama.
  7. Selepas itu, sediakan 1 bekas yang berisi air dan ais. Terus masukkan kerang yang baru masak tadi itu ke dalam ais itu untuk menghentikan “cooking process”. rebus kerang step 7
  8. Seketika kemudian, bolehlah toskan kerang tadi ke dalam bekas yang berasingan.
  9. Kerang siap, dihidangkan bersama sos kegemaran anda.

Video Youtube

Tips Mencuci Kerang

  1. Rendam kerang ke dalam air yang dicampur ais dan garam kasar selama 30 minit.
  2. Gaul kerang bersama hampas kelapa dan biarkan selama 1 jam.
  3. Rendamkan kerang dan serai yang diketuk ke dalam air selama 20 minit.
  4. Rendam kerang dengan air beras.
  5. Rendam kerang bersama asam keping.

Jadi selesailah sudah tutorial tentang cara rebus kerang yang disediakan oleh team Dapur Osyom. Kami berharap agar anda yang mempelajari untuk cuba mempraktikannya serta berkongsi website resepi kami ini kepada keluarga dan sahabat handai anda juga sebagai tanda sokongan. Sekian dulu untuk kali ini. Terima kasih.

Kongsikan Resepi