Home » Resepi Seafood » Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau Lemak Berkrim

Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau Lemak Berkrim

Hai semua. Bertemu lagi kita kembali pada tutorial resepi terbaru dari team Dapur Osyom. Seperti biasa, resepi yang kami sediakan pada setiap post akan berbeza antara satu sama lain. Untuk kali ini, kami akan menyajikan anda dengan sebuah tutorial resepi sihat yang dinamakan resepi vietnam roll.

Vietnam Roll, atau dalam bahasa asalnya dipanggil “Gỏi cuốn”, adalah salah satu hidangan yang popular dari Vietnam. Menu ini biasanya dihidangkan sebagai starter atau hidangan pembuka bagi restoran-restoran di Vietnam bahkan menjadi pilihan utama pelanggan yang gemar makanan ringan. Semenjak era dunia tanpa sempadan ini, resepi ini telah masuk dan tidak kurang popular juga di Malaysia. Walaupun secara asasnya ada sedikit kelainan versi buatan orang Malaysia dengan yang asal, namun ianya tetap dinamakan dengan nama yang sama. Itulah serba sedikit kisah ringkas tentang resepi ini. Ok baiklah, jom kita mulakan cara buat resepi vietnam roll secara step by step di bawah ini.

Bahan Bahan

bahan bahan vietnam roll

  • Vietnam rice paper
  • Udang Jejari ketam ( filament crab stick )
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Daun salad
  • Suhun

Bahan Bahan Sos Vietnam Roll

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji limau ( saiz besar )
  • 5-7 biji cili padi hijau
  • ⅓ cawan air
  • 6 sudu besar mayonis
  • 2 pokok ketumbar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar nisan kabung / gula perang

Cara Membuat Vietnam Roll

  1. Pertama sekali, masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga air mendidih. Kemudian masukkan suhun ke dalamnya. Bila sudah lembut, angkat dan toskannya.
  2. Langkah seterusnya, masukkan jejari ketam ke dalam periuk tadi. Bila kelihatan sudah terapung, bolehlah angkat dan toskannya.
  3. Masukkan pula udang. Celur selama 1 minit, dan kemudian angkat dan toskan juga.
  4. Disisi lain, buang kulit lobak merah dan potong kepada 3 bahagian. Potongkannya pula menjadi nipis, dan kemudian hiris halus secara memanjang. step 4 vietnam roll
  5. Potong pula timun batang, dan jika timun sedikit panjang potong kepada tiga bahagian. Buang bijinya, dan hiriskannya juga secara halus dan memanjang. step 5 vietnam roll
  6. Seterusnya, sediakan air suam ke dalam pinggan, dan rendam vietnam rice paper sehingga lembut. step 6 vietnam roll
  7. Alihkan rice paper ke pinggan yang lain, letakkan jejari ketam (dibuka gulungannya), kemudian letakkan daun salad dan suhun. Disusuli dengan menyusun lobak merah dan timun. Gulungkan semua bahan menggunakan vietnam rice paper tadi. step 7 vietnam roll
  8. Sediakan lagi vietnam ricpe paper, letakkan udang, dan salad dan suhun. Disusuli dengan menyusun lobak merah dan timun. Gulung kesemua bahan tersebut dengan kemas. step 8 vietnam roll

Cara Membuat Sos Vietnam Roll

  1. Masukkan cili padi, bawang putih, akar ketumbar, daun ketumbar, mayonis, dan nisan kabung.
  2. Masukkan juga sos ikan dan air perahan limau. Dan akhir sekali masukkan air.
  3. Kisar kesemua bahan tersebut sehingga sebati. step 3 sos vietnam roll
  4. Vietnam roll, berserta sos hijau lemak berkrim sedia dihidangkan.

Video Youtube

Selesailah sudah tutorial resepi vietnam roll kita pada kali ini. Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini, pastikan anda membeli bahan-bahan yang segar, berkualiti, dan halal. Jadi, secara kesimpulannya, vietnam roll adalah hidangan yang sihat dan sesuai untuk kebanyakan orang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi Vietnam Roll yang sedap ini! Baiklah, sekian dulu dari kami. Jumpa lagi pada tutorial resepi akan datang. Jangan lupa untuk berkongsi resepi yang kami ajarkan di website ini kepada kenalan anda. Semoga sama-sama memperoleh manfaat. Terima kasih daun keladi.

Kongsikan Resepi