Hai semua, seperti biasa posting baru, resepi baru. Team kami (Dapur Osyom) akan cuba untuk cover sebanyak mungkin resepi dari yang sangat mudah hingga yang rumit, dan dari resepi modern hinggalah resepi tradisional. Padi kali ini kami akan kongsikan resepi lauk berasaskan telur yang boleh diikuti oleh semua orang, ianya adalah resepi telur kicap. Penyediaannya sangat sederhana, namun rasanya sangat sedap bahkan menjadi menu kegemaran salah seorang dari team kami. Baiklah, jom kita mulakan cara-cara membuat telur kicap.
Bagi anda yang lebih suka tutorial resepi telur kicap melalui video beresolusi penuh, bolehlah melayari channel Youtube Dapur Osyom atau boleh juga melihat di bahagian bawah post resepi ini.
Bahan-Bahan
- 3 biji telur
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 2 biji cili
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 6 sudu besar kicap
Cara Membuat Telur Kicap
- Pertama sekali, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kesemua telur tersebut.
- Setelah selesai, tumiskan bawang merah, dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan menjadi sedikit garing.
- Seterusnya, masukkan sos tiram dan sos cili mengikut sukatan dan kacau sekejap.
- Masukkan pula kicap mengikut sukatan bahan dan kacau sebati.
- Tambahkan sedikit air semasa masih mengacau bahan-bahan tadi.
- Selepas itu, masukkan 1 sudu kecil gula, beserta sedikit garam. Kacau sebati.
- Kemudian, masukkan bawang holland dan cili dan kacau lagi.
- Setelah itu, biarkan ianya mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.
- Akhir sekali, masukkan kesemua telur yang di goreng di awal tadi satu persatu. Pastikan telur dengan bahan-bahan yang dimasak tadi rata keseluruhannya. Telur kicap sedia dihidangkan.
Video Youtube
Okay, semudah itulah cara membuat resepi telur kicap. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dari posting ini. Untuk lebih banyak lagi tutorial resepi, teruskan melayari halaman Dapur Osyom, dan channel Youtube kami bagi yang lebih suka pembelajaran secara video. Kerana sebahagian orang lebih mudah memahaminya melalui video. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Sekian dari kami.