Resepi Telur Masak Sos Simple dan Sedap

Hai, selamat datang ke post untuk tutorial resepi terbaru dari team Dapur Osyom. Pada kali ini, team kami akan cover satu resepi berasaskan telur yang digemari oleh tak kira orang dewasa mahupun anak-anak. Yang kami maksudkan adalah telur masak sos.

Resepi telur masak sos tidak kurang permintaannya dalam kalangan orang yang pernah menikmatinya. Manakan tidak, dengan rasanya yang masam, manis, ianya cukup untuk membuka selera seseorang. Bagi kami, resepi telur sos ini dikategorikan sebagai beginner friendly kerana bahannya mudah dicari dan penyediaannya juga mudah untuk dilakukan. Bahkan saya sendiri(salah seorang dari ahli team) adalah penggemar telur masak sos semenjak dari remaja lagi. Jika anda belum memcubanya lagi, saya sarankan untuk mengikuti tutorial pada kali ini yang saya kategorikan sebagai sangat senang untuk diikuti.

Bahan Bahan

bahan telur masak sos

  • 3 biji telur
  • 2 bji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • cili padi

Cara Buat Telur Masak Sos

  1. Pertama sekali, panaskan minyak ke dalam kuali, dan masukkan telur. Goreng sehingga masak. Untuk tutorial kali ini kami cadangan sebanyak 3 biji telur. Namun, ianya terpulang mengikut keperluan anda.
  2. Langkah seterusnya ialah menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumiskan sehingga bawang menjadi layu. step 2 telur masak sos
  3. Setelah itu masukkan sos cili dan sos tomato, dan disusuli sos tiram. Kacaukan semuanya sehingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air dan teruskan mengacau.
  5. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Seterusnya, masukkan hirisan bawang holland, dan cili padi(jika suka). Masakkan kesemua bahan itu sehingga sos kelihatan sedikit pekat.
  7. Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng di awal tadi. Biarkan sos meresap ke dalam telur tersebut. Biarkan seketika dan bolehlah tutup api. Telur masak sos sedia untuk dihidangkan.

Video Youtube

Selesailah sudah tutorial resepi kita pada kali ini. Menyediakan telur masak sos tidaklah sesukar yang anda fikirkan, tak begitu? Jadi, alang-alang dah belajar ilmu membuat telur masak sos, apa kata anda terus ke dapur dan praktikkan resepi ini untuk dihidangkan kepada suami atau keluarga anda. Jika percubaan pertama tidak memuaskan, anda boleh terus mencuba. Lambat laun anda sendiri akan mahir bahkan mungkin lebih mahir dari kami dalam menyediakan telur masak sos ini. Baiklah, sampai disini saja tutorial resepi kita pada kali ini. Jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari post ini sudi-sudilah share web kami ini dengan menggunakan mana-mana butang share dibawah. Sokongan anda akan meningkatkan lagi semangat kami untuk terus membuat tutorial resepi yang lain pula. Terima kasih sekali lagi, sampai jumpa lagi pada post akan datang.

Kongsikan Resepi